Pengguna Malaysia Menyumbang Hampir RM1 Juta Kepada Facebook Gaming Pada April 2020

Pengguna Malaysia Menyumbang Hampir RM1 Juta Kepada Facebook Gaming Pada April 2020

Diterbitkan pada Mei 22, 2020 oleh .

Facebook Gaming merupakan ciri memfokuskan kandungan permainan video di laman sosial terkemuka, Facebook. Ia telah memperlihatkan peningkatan yang drastik dari segi penggunaan, serta penerbitan kandungan oleh pengguna tempatan sejak kurang 2 tahun lepas.

Malah, baru-baru ini, Facebook turut telah melancarkan aplikasi Facebook Gaming di Android dan iOS dalam merancakkan lagi penerbitan kandungan, serta memudahkan pengguna mengikuti kandungan permainan video melaluinya dengan mudah.

Melalui data terkini yang dikongsikan Facebook bersama kami, mereka mengatakan tontonan permainan video secara langsung di Malaysia memperlihatkan peningkatan sekitar 87% sejak tahun lepas.

Antara lima permainan popular yang distrim dengan kerap oleh penerbit Facebook Gaming di Malaysia pada bulan April 2020 adalah PUBG Mobile, Mobile Legends, Grand Theft Auto V, PUBG LITE dan juga Dota 2.

Menariknya, Facebook turut mengatakan penonton kandungan permainan video di Malaysia telah menyumbang sekitar 20.7 juta Stars pada April 2020 sahaja. Ini sekaligus memperlihatkan nilai transaksi mencapai $207,000, iaitu sekitar RM901,510 mengikut kadar tukaran semasa.

Hal ini sekaligus memperlihatkan komuniti Facebook Gaming yang sangat aktif di Malaysia, dan berkembang pesat – termasuk terbuka untuk menyumbang dalam menikmati kandungan menarik di platform berkenaan.

Bagi anda sendiri, adakah anda aktif dalam Facebook Gaming di Malaysia?



TIPS & ULASAN