Samsung melancarkan cip terkini mereka Exynos 880. Ini ialah cip 5G untuk kelas pertengahan mereka yang kedua selepas Exynos 980 yang dilancarkan tahun lalu. Kedua-duanya hadir dengan modem 5G terbina.
Dari segi spesifikasi Exynos 880 yang dihasilkan menerusi teknologi 8nm dilengkapi dua teras Cortex-A77 pada kelajuan 2.0 GHz dan enam teras Cortex-A55 pada kelajuan 1.8 GHz. GPU yang digunakan pula ialah Mali G76 MP5. Dengan kata lain Exynos 880 ialah sama seperti Exynos 980 tetapi dengan dwi-teras Cortex-A77 yang lebih perlahan sahaja.
Menerusi cip ini skrin sehingga resolusi 2520×1080 pixel, kamera sehingga 64-megapixel (atau dwi 20-megapixel), rakaman video sehingga 4K 30FPS dan NPU. Modem 5G yang digunakan pula menyokong rangkaian Sub 6Hz dengan kelajuan muat turun sehingga 2.55 Gbps dan kelajuan muat naik sehingga 1.28Gbps.
Walaupun cip ini dikeluarkan oleh Samsung, peranti pertama yang menggunakannya ialah Vivo Y70s yang dilancarkan di China semalam. Ini ialah perkara yang sama seperti Exynos 980 yang turut digunakan oleh Vivo terlebih dahulu.