Cari @ Amanz

Facebook hari ini telah mengumumkan penjenamaan semula untuk Calibra, iaitu dompet digital untuk matawang digital Libra dibawah mereka. Kini, ia dikenali dengan nama Novi.

Buat masa ini, ia sekadar pengumuman penjenamaan semula sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah akan dilancarkan secara rasminya.

Novi Dompet

Melalui Novi kelak, ia akan digunakan untuk menyimpan matawang digital Libra, selain digunakan untuk menghantar dan menerima matawang berkenaan. Dengan penawaran perkhidmatan kewangan daripada Facebook ini juga, ia dijangka akan lebih memudahkan dan mendemokrasikan penghantaran wang antara negara dengan mudah.

Facebook mengatakan Novi boleh digunakan sebagai sebuah aplikasi berasingan, atau turut digunakan didalam Messenger dan WhatsApp. Tiada sebarang caj akan dikenakan untuk penghantaran dan penerimaan – berbeza dengan perkhidmatan kewangan yang lain.

Apa pun, untuk pendaftaran, pengguna Novi akan dikehendaki untuk mengesahkan identiti menggunakan dokumen yang dikeluarkan kerajaan sesebuah negara.

Facebook menyasarkan untuk memperkenalkan Novi seawal pengenalan rangkaian Libra kelak. Walaupun tidak diumumkan oleh Facebook, langkah penjenamaan semula ini mungkin adalah lebih baik, memandangkan Facebook sebelum ini telah diserang beberapa kali disebabkan penawaran perkhidmatan kewangan mereka – memetik isu privasi dan sebagainya.

  • Info
  • Layari : Novi
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd