Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Fold ialah telefon skrin boleh-lipat pertama yang dijual secara meluas ke seluruh dunia. Ia adalah antara peranti kegemaran kami sepanjang 2019 keran ia adalah inovasi seterusnya dalam rekaan telefon pintar. Namun begitu ia tidak kalis air yang membuatkannya sukar digunakan oleh mereka yang berkehidupan lasak seperti kami. Tetapi pada versi seterunya masalah ini mungkin akan dapat diselesaikan.

Samsung telah mempatenkan rekaan peranti skrin boleh-lipat seakan Galaxy Fold yang akhirnya mempunyai kemampuan kalis air. Ini dilakukan menerusi penambahbaikan pada struktur engsel dan juga kabel elektronik yang menyambungkan kedua-dua “pintu” skrin boleh-lipat yang digunakan.

Selain itu paten turut menunjukkan skrin sekunder pada bahagian luar yang lebih kecil pada bahagian luar. Dengan skrin memanjang ini notifikasi dapat dibaca tanpa skrin utama dibuka. Ia menggantikan skrin kecil yang digunakan pada Fold sekarang. Ia menyamai paten yang difailkan untuk Galaxy Z Flip sebelum ini. Paten ini difailkan pada November 2019 tetapi hanya diterbitkan pada 22 Mei lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd