Honor Play4 Bakal Sokong Rangkaian 5G – Diperkenalkan Secara Rasmi Pada 3 Jun 2020

Honor Play4 Bakal Sokong Rangkaian 5G – Diperkenalkan Secara Rasmi Pada 3 Jun 2020

Diterbitkan pada Mei 28, 2020 oleh .

Honor telah memperkenalkan siri Honor Play 4T sekitar April lalu. Kini, pengeluar ini dilihat bakal menambah lagi penawaran peranti baharu di bawah siri yang sama menerusi kemunculan Honor Play4. Pelancaran rasmi dijadualkan berlangsung pada 3 Jun 2020 di China.

Poster rasmi memperlihatkan Honor Play4 akan didatangkan dengan sokongan rangkaian 5G secara terbina dan penawaran prestasi permua lebih baik. Masih belum dapat dipastikan berapa buah model yang bakal dilancarkan. Namun, terdapat ura-ura mengatakan Honor dijangka memperkenalkan dua buah model iaitu Honor Play4 5G dan Honor Play4 Pro 5G.

Selain itu, kemunculan Honor Play 4 Pro 5G di laman TEENA juga seakan mengiyakan ura-ura tersebut. Peranti tersebut yang muncul dengan nombor model TNNH-AN00 dikatakan mempunyai paparan berukuran 6.81-inci HD+, sistem kuad-kamera di belakang dan memori sehingga 8GB RAM.

Cuma sayangnya, maklumat mengenai cip pemproses tidak pula didedahkan. Sebaliknya, penyenaraian hanya mendedahkan ia bakal hadir dengan cip pemproses Octa-core dengan kelajuan mencecah 2.0GHz. Untuk penawaran lebih lanjut, kita tunggu pelancaran rasmi kelak.



TIPS & ULASAN