Poco Malaysia hari ini telah mengumumkan harga jualan rasmi untuk telefon pintar terbaru mereka, Poco F2 Pro. Ia membawakan harga jualan bermula RM2199 untuk pasaran tempatan.
Menariknya, kini mereka turut mengumumkan yang mana Poco F2 Pro akan ditawarkan pada harga RM1999 – terhad pada satu hari, iaitu pada 10 Jun 2020. Penawaran ini akan tersedia melalui Lazada sahaja.
Poco F2 Pro menggunakan skrin 6.67-inci AMOLED FHD+, dijana cip Snapdragon 865, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB UFS 3.1. Melengkapkan ia adalah bateri berkapasiti 4700mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W.
Untuk rakaman gambar, ia menggunakan empat sensor belakang dengan gabungan 64MP + 13MP (ultra lebar) + 5MP (makro) + 2MP (kedalaman). Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan sensor 20-megapixel dihadapan.
Bagi anda yang berhasrat mendapatkan telefon pintar Poco terbaru ini, mungkin boleh tandakan kalendar anda pada 10 Jun 2020 ini, dan mendapatkan telefon pintar mercu ini pada harga RM1999 – sekaligus menjadikannya sebagai salah satu telefon pintar mercu yang berbaloi pada hari ini.