Cari @ Amanz

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan, pelbagai premis perniagaan telah beroperasi seperti sedia kala kembali. apa pun, orang ramai dinasihatkan untuk merekodkan kehadiran atau kunjungan ke sesuatu premis, dalam usaha memudahkan proses pengesanan kontak jika diperlukan.

Selari dengannya, sejumlah perkhidmatan telah hadir dalam memudahkan pengguna. Antaranya adalah seperti DaftarQR, SElangkah, dan terbaru pihak DBKL sendiri memperkenalkan penawaran mereka dinamakan KLStep.

Dengan penggunaan KLStep, premis boleh mencetak kod QR khusus untuk premis mereka, dan seterusnya memastikan pengunjung untuk mengimbas dan memasukkan rekod sebelum memasuki premis mereka. Pengunjung juga boleh menyemak lokasi yang pernah mereka singgah dengan memasukkan nombor telefon, dan menyemaknya di laman KLStep. Pihak DBKL menyenaraikan ciri ini sebagai “Jejak Diri”, namun, tidak diketahui lagi bagaimana akan mengatasi penyalahgunaannya dengan penyertaan nombor telefon seseorang secara rawak, dan melihat destinasi pernah dikunjung.

DBKL mengalakkan pelbagai premis di Kuala Lumpur untuk mengguna-pakai KLStep ini, sekaligus memudahkan lagi proses merekod kunjungan, dan membanteras penularan wabak Covid-19.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd