Perisian Yang Mengubah Kamera Canon Menjadi Kamera Web Kini Disokong Mac

Perisian Yang Mengubah Kamera Canon Menjadi Kamera Web Kini Disokong Mac

Diterbitkan pada Mei 28, 2020 oleh .

Kamera web menjadi aset penting sepanjang tempoh PKPB kerana semakin ramai selesa menggunakan perisian telesidang. Tetapi tidak ramai mempunyai kamera web di rumah atau kurang berpuas hati dengan kualiti kamera pada komputer riba. Oleh itu Canon melancarkan perisian yang mengubah kamera digital menjadi kamera web mereka tetapi sekadar menyokong komputer Windows 10.

Mereka akhirnya melancarkan perisian yang sama untuk komputer macOS. Seperti versi Windows 10, perisian ini hanya menyokong beberapa model kamera terpilih. Senarai kamera yang disokong adalahs seperti di bawah. Dengan kamera web pada MacBook masih lagi sekadar 720P, perisian ini amat berguna kepada mereka yang ingin mendapatkan kualiti kamera yang lebih baik semasa sesi telesidang.

EOS DSLR

  1. EOS-1D X Mark II
  2. EOS-1D X Mark III
  3. EOS 5D Mark IV
  4. EOS 5DS
  5. EOS 5DS R
  6. EOS 6D Mark II
  7. EOS 7D Mark II
  8. EOS 77D
  9. EOS 80D
  10. EOS 90D
  11. EOS Rebel SL2
  12. EOS Rebel SL3
  13. EOS Rebel T6
  14. EOS Rebel T6i
  15. EOS Rebel T7
  16. EOS Rebel T7i
  17. EOS Rebel T100
EOS Nircermin
  1. EOS M6 Mark II
  2. EOS M50
  3. EOS M200
  4. EOS R
  5. EOS RP

PowerShot

  1. PowerShot G5X Mark II
  2. PowerShot G7X Mark III
  3. PowerShot SX70 HS



TIPS & ULASAN