Cari @ Amanz

Canon Mengeluarkan Perisian Yang Mengubah Kamera Digital Menjadi Kamera Web

Link Copied!

Antara statistik menarik yang kami baca sejak dunia mula melakukan pembatasan sosial ialah kesukaran mendapat kamera web. Jualan kamera web meningkat sebaik sahaja ramai perlu bekerja dari rumah tetapi bagi pengguna desktop ia mungkin aksesori yang sebelum ini tidak dipandang penting. Tetapi sekiranya anda mempunyai kamera digital Canon, anda tidak perlu membeli kamera web baharu.

Canon telah mengeluarkan perisian rasmi yang mengubah kamera digital seperti EOS R , EOS-1D X Mark III, dan PowerShot G7 X III menjadi sebuah kamera web. Buat masa ini sokongan diberikan pada komputer Windows 10 64-bit sahaja.

Dengan perisian ini anda bukan sahaja tidak perlu membeli kamera web, tetapi anda juga akan mempunyai kualiti visual terbaik di kalangan ahli keluarga kerana EOS R mislanya ialah sebuah kamera bingkai penuh nircermin. Untuk memuat turun perisian, sila ke pautan ini. Senarai lengkap 25 kamera yang disokong adalah seperti di bawah.

EOS DSLR

  1. EOS-1D X Mark II
  2. EOS-1D X Mark III
  3. EOS 5D Mark IV
  4. EOS 5DS
  5. EOS 5DS R
  6. EOS 6D Mark II
  7. EOS 7D Mark II
  8. EOS 77D
  9. EOS 80D
  10. EOS 90D
  11. EOS Rebel SL2
  12. EOS Rebel SL3
  13. EOS Rebel T6
  14. EOS Rebel T6i
  15. EOS Rebel T7
  16. EOS Rebel T7i
  17. EOS Rebel T100
EOS Nircermin
  1. EOS M6 Mark II
  2. EOS M50
  3. EOS M200
  4. EOS R
  5. EOS RP

PowerShot

  1. PowerShot G5X Mark II
  2. PowerShot G7X Mark III
  3. PowerShot SX70 HS

Komen ()