Samsung Galaxy Tab S6 Lite Mula Dijual Pada Harga RM1699 Dengan Papan Kekunci Percuma

Samsung Galaxy Tab S6 Lite Mula Dijual Pada Harga RM1699 Dengan Papan Kekunci Percuma

Diterbitkan pada Mei 30, 2020 oleh .

Samsung Galaxy Tab S6 Lite dilancarkan pada bulan April yang lalu. Tablet kelas pertengahan ini hadir dengan skrin 10.4″ lengkap dengan sokongan stylus S-Pen. Bagi mereka yang berminat, ia akhirnya mula dijual di Malaysia semalam pada harga RM1699 sebuah.

Samsung Galaxy Tab S6 Lite dilengkapi skrin 10.4″ TFT (2000×1200 pixel), dijana cip Exynos 9611, memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 64GB dengan sokongan kad mikro SD sehingga 1TB, kamera utama 8-Megapixel dan kamera swafoto sebesar 5-Megapixel dan bateri sebesar 7040 mAh.

Terdapat sokongan untuk stylus S-Pen tetapi tiada tempat simpanan magnetik pada bahagian belakang dapat dilihat seperti Tab S6 5G, Tablet turut mempunyai sistem pembesar suara yang telah ditala oleh AKG bagi memberikan pengalaman audio yang terbaik. Buat masa ini hanya versi WiFi sahaja ditawarkan di Malaysia.

Di Malaysia papan kekunci Targus Keyboard Cover akan diberikan percuma dengan setiap pembelian Tab S6 Lite sehingga 31 Julai 202o. Selain papan kekunci, pembeli Galaxy Tab S6 Lite juga menerima langganan YouTube Premium selama empat bulan secara percuma.



TIPS & ULASAN