Powerbeats Pro Kini Ditawarkan Dalam Empat Warna Baharu

Powerbeats Pro Kini Ditawarkan Dalam Empat Warna Baharu

Diterbitkan pada Mei 31, 2020 oleh .

Fon telinga nirwayar untuk pengguna aktif Beats Powerbeats Pro telah dikemaskini pagi ini dengan penawaran empat warna baharu yang lebih ceria. Ia kini ditawarkan dalam warna Cloud Pink, Spring Yellow, Glacier Blue, dan Lava Red. Dengan ini pengguna mempunyai pilihan lapan warna berbeza untuk Powerbeats Pro di pasaran,

Perubahan hanya dilakukan pada warna yang ditawarkan. Powerbeats Pro masih lagi mempunyai ketahanan bateri sehingga 9 jam dan 24 jam dengan penggunaan pod pengecas. Pod pengecas ini menyokong pengecasan nirwayar dan berwayar menggunakan kabel Lightning. Cangkuk pada fon telinga ini memastikan ia kekal kemas pada telinga ketika aktiviti lasak dan melepasi piawaian kalis peluh.

Tambatan kepada peranti Apple adalah mudah kerana penggunaan cip H1 sama seperti AirPods. Terdapat butang kawalan fizikal pada bahagian sisi dan juga mejeda/memainkan semula muzik apabila ia ditanggalkan dari telinga. Powerbeats Pro masih lagi ditawarkan pada harga RM999 sepasang.



TIPS & ULASAN