Cari @ Amanz

Siri Vivo X50 Pro+, X50 Pro Dan X50 Dilancarkan Dengan Kamera Gimbal Serta Zum 60X

Link Copied!

Tiga peranti baharu Vivo X50, X50 Pro dan X50 Pro telah dilancarkan sebentar tadi selepas beberapa minggu diacah di media sosial. Ketiga-tiga peranti mercu ini hadir dengan kemampuan fotografi yang menarik. Kita mulakan terlebih dahulu dengan model paling premium X50 Pro+

Vivo X50 Pro+ dilengkapi skrin 6.56″ OLED 120Hz dengan paparan air terjun pada bahagian sisi, dijana cip Snapdragon 865, memori sehingga 12GB, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 4350 mAh. Bateri ini boleh dicas semula menggunakan pengecas pantas 44W.

Keunikan peranti terletak pada kamera dengan sensor utama 50-MP Samsung GN1 yang baru sahaja diumumkan, sensor 32-MP untuk mod potret, 13-MP telefoto dengan periskop dan 13-MP untuk sudut ultra lebar, Menerusi mekanisme periskop, peranti mampu melakukan zum digital sehingga 60X atau zum optikal sehingga 5X. Pada bahagian hadapan ia dilengkapi pula dengan kamera sebesar 32-MP,.

Seterusnya ialah Vivo X50 Pro dengan skrin 6.56″ OLED 90Hz  dijana cip Snapdragon 765G, memori sehingga 8GB, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 4315 mAh. Bateri ini boleh dicas semula menggunakan pengecas pantas 33W.

Keunikan peranti terletak pada kamera dengan sensor utama 48-MP Sony IMX598 dengan sistem penstabilan gimbal, sensor 13-MP untuk potret, 8-MP telefoto dengan periskop dan 8-MP untuk sudut ultra lebar, Menerusi mekanisme periskop yang juga digunakan, peranti mampu melakukan zum digital sehingga 60X atau zum optikal sehingga 5X. Pada bahagian hadapan ia dilengkapi pula dengan kamera sebesar 32-MP.

Menarik di sini ialah sistem kamera gimbal yang diperlihatkan pada peranti konsep Vivo Apex 2020 sekadar digunakan pada peranti kelas pertengahan. Sistem kamera bawah skrin yang diperlihatkan pada Apex 2020 juga tidak kelihatan,

Akhir sekali ialah Vivo X50 dengan skrin 6.56″ OLED 90Hz  dijana cip Snapdragon 765G, memori sehingga 8GB, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 4200 mAh. Bateri ini boleh dicas semula menggunakan pengecas pantas 33W.

Ia sekadar dilengkapi kamera utama 48-MP Sony IMX598 tanpa gimbal, sensor 13-MP untuk potret, 8-MP lensa sudut ultra lebar dan 5-MP untuk sudut makro. Tiada sistem zum periskop pada model paling asas X50 ini. Melengkapi spesifikasi ialah kamera utama sebesar 32-MP,.

Di Chin Vivo X5o Pr0+ dijual pada harga bermula RMB 4998 (~RM 3025), Vivo X50 Prop pada harga bermula RMB 4398 (~RM 2661) dan Vivo X50 pula pada harga bermula dari RMB 3498 (~RM 2117).


Komen ()