Nokia 2 V Tella Muncul Di Geekbench – Sokong MediaTek Helio A22

Nokia 2 V Tella Muncul Di Geekbench – Sokong MediaTek Helio A22

Diterbitkan pada June 7, 2020 oleh .

Sebelum ini, Nokia telah muncul dengan tiga peranti kelas pertengahan terbaru melalui pengenalan Nokia C5 Endi, Noki C2 Tava dan Nokia C2 Tennen. Terkini, Nokia dikhabarkan dalam perancangan untuk produk baru lagi dikenali Nokia 2V Tella. Peranti ini dikatakan telah muncul di platform penanda aras Geekbench.

Laporan memetik sumber berkata, penggunaan huruf “V” pada model tersebut berkemungkinan merujuk kepada Verizon Wireless seperti Nokia 2V yang dilancarkan pada tahun lalu. Penyenaraian memperlihatkan ia menggunakan pemproses MT6761 yang mana merupakan kod nama untuk MediaTek Helio A22 dengan frekuensi asas 2Ghz.

Selain itu, senarai juga menunjukkan peranti ini mungkin menggunakan memori sebesar 2GB dan sistem operasi berasaskan Android 10. Peranti ini juga berjaya mencatatkan skor sebanyak 829 mata untuk ujian satu teras dan 2,422 mata untuk ujian multi-teras. Spesifikasi lain masih belum diketahui. Kita mungkin mendengarnya pada masa akan datang.



TIPS & ULASAN