Cari @ Amanz

SIngapura ialah negara terawal melancarkan aplikasi pengesanan kontak bagi menentang Covid-19. TraceTogether setakat ini sudah dimuat turun hampir 1.5 juta pengguna di Singapura tetapi ini masih adalah lebih rendah berbanding hampir 6 juta penduduk Singapura. Antara sebab ini berlaku adalah kerana TraceTogether tidak berfungsi dengan peranti Apple kerana tidak menggunakan API baharu yang dibangunkan Apple dan Google.

Oleh sebab itu kerajaan Singapura mengumumkan mereka akan bertukar kepada peranti boleh-pakai yang akan diberikan kepada kesemua penduduk Singapura. Bagaimana ia akan berfungsi masih lagi misteri tetapi dipercayai akan memancarkan isyarat bluetooth seperti aplikasi TraceTogether.

Dengan pemberian kepada semua warga Singapura, proses pengesanan kontak yang lebih meluas akan dapat dilakukan. Tiada lagi halangan sistem operasi atau mereka yang tidak mempunyai telefon pintar. Untuk pengesanan kontak berfungsi dengan jayanya, 75% penduduk perlu menggunakannya.

Kos pengeluaran setiap peranti boleh-pakai adalah dianggarkan sekitar $10 (~RM43) seutas. Pengguna boleh memakainya di pergelangan tangan, disangkut pada leher atau disimpan di dalam beg,.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd