Sasmung pada waktu ini ialah satu-satunya syarikat yang menggunakan teknologi Ultra Thin Glass (UTG) pada skrin boleh lipat mereka. Samsung Galaxy Z Flip ialah yang pertama menggunakan UTG dengan Galaxy Fold 2 turut dipercayai akan menyusulinya. Skrin UTG pada waktu ini dikeluarkan oleh DoInsys dengan kontrak penggunaan eksklusif telah ditandatangani dengan Samsung. Tetapi menurut laporan media Korea DDaily, UTG akan turut dihasilkan oleh Corning.
Corning yang terkenal kerana teknologi Gorilla Glass dilaporkan akan menghasilkan UTG di Amerika Syarikat. UTG keluaran Corning ini dipercayai akan digunakan pada peranti skrin boleh-lipat Samsung untuk tahun 2021. Dengan dua pembekal UTG berasingan, Samsung percaya kos pengeluaran dapat dikurangkan sekaligus merendahkan harga jualan peranti skrin boleh-lipat yang masih terlalu tinggi pada waktu ini.