Ambient Mode Pada Chrome OS Kini Memaparkan Jam & Cuaca

Ambient Mode Pada Chrome OS Kini Memaparkan Jam & Cuaca

Diterbitkan pada Jun 9, 2020 oleh .

Chrome OS adalah sistem operasi yang ringan dan mudah digunakan. Ia secara asasnya adalah sebuah pelayar web Chrome yang diubah menjadi sistem operasi dengan sistem Android terbina dan sokongan Play Store. Ia boleh digunakan pada banyak tetapan spesifikasi, iaitu dari yang asas sehinggalah yang paling tinggi dalam kelas mercu.

Acer Chromebook 315

Tetapi, ia masih tidak sempurna dan masih banyak cacat cela. Salah satunya adalah, Chrome OS ini juga menyokong skrin sesentuh dan ia boleh dikira sebagai satu sistem operasi “mudah alih” dan ia tidak mempunyai fungsi dan ciri sesuai. Antaranya adalah tiada mod yang baik pada kunci skrin atau juga penyelamat skrin. Tahun lepas, Google telah pun merancang untuk sertakan mod ini yang mana akan menyamai mod ambien pada Chromecast.

Akhirnya, mod ambien ini telah hadir pada Chrome OS Dev 85 yang mana menyokong paparan slaid dari Google Photos dan juga dua widget baharu iaitu paparan jam dan juga cuaca. Ia amat mirip dengan bagaimana apabila Chromecast dan Android TV tidak digunakan yang mana berfungsi dengan lancar sekali. Tetapi pada Chrome OS langsung tidak lancar dan masih lagi dalam pembangunan. Apa-apa pun ia adalah satu pembaharuan baru pada Chrome OS yang ramai inginkan, harapnya ia akan menjadi stabil dan diedarkan kepada orang ramai dalam masa terdekat.



Paling Popular