Samsung Galaxy Watch 3 Dan Galaxy Buds Live Mungkin Dilancarkan Julai Hadapan

Samsung Galaxy Watch 3 Dan Galaxy Buds Live Mungkin Dilancarkan Julai Hadapan

Diterbitkan pada June 11, 2020 oleh .

Secara tradisinya Samsung akan melancarkan jam tangan pintar dan fon telinga baharu serentak dengan telefon pintar terkini. Tahun ini buat pertama kalinya, siri Galaxy Note akan dilancarkan secara atas talian pada bulan Ogos dan sekali lagi ura-ura jam tangan pintar dan fon telinga baharu didengari. Tetapi menurut Sammobile, sebaliknya akan berlaku tahun ini.

Samsung Galaxy KacangJam tangan pintar Samsung Galaxy Watch 3 dan fon telinga Galaxy Buds Live mungkin akan dilancarkan pada bulan Julai. Galaxy Buds Live ialah nama rasmi untuk fon telinga nirwayar yang mempunyai rekaan seperti kacang yang kami laporkan sebelum ini sebagai Galaxy BudX. Nama-nama rasmi produk ini ditemui dalam aplikasi Galaxy Wearable yang baru dikemaskini.

Samsung Galaxy Watch 3 akan mengembalikan mekanisme bezel berputar untuk mengawal peranti manakala Galaxy Buds Live pula dipercayai akan mempunyai sistem pembatalan hingar aktif secara terbina.

Mengapa dua aksesori ini dilancarkan awal? Besar kemungkinan adalah bagi memendekkan acara atas talian pelancaran Galaxy Note 20 kelak. Tiga model dilaporkan akan dilancarkan dan jika aksesori dilancarkan serentak strim akan menjadi terlalu panjang.



TIPS & ULASAN