Carian
Google Pula Menyaman Sonos Kerana Melanggar 5 Paten Teknologi
June 12, 2020 Fahim Zahar

Bulan Januari lalu, Sonos telah menyaman Google kerana mendakwa Google mencuri teknologi pembesar suara pintar dari Sonos. Terdapat lima paten untuk teknologi untuk pembesar suara pintar nirwayar yang Google “curi” tanpa kebenaran. Antara perkara yang dikatakan dicuri adalah teknologi di sebalik Chromecast Audio yang dikatakan mirip teknologi perkongsian audio multi-bilik Sonos. Walaupun hubungan mereka baik dengan kerjasama sejak 2013 dan 2016 untuk integrasi Google Pla Music dan Google Assistant, Sonos tidak berpuas hati dengan Google yang hadir dengan pembesar suara pintar tersendiri.

Terkini, Google pula menyaman Sonos. Google mendakwa yang Sonos telah mencuri teknologi rangkaian mesh, pembatalan gemas, lesen hak digital, notifikasi kandungan, dan carian peribadi. Google telah memberi sokongan kepada Sonos seperti bantuan dalam mereka, membuat integrasi dan menguji dan mereka berasa kecewa dengan tindakan Sonos yang ingin menyaman atas tuduhan yang salah. Selama lima tahun mereka kerjasama dan Sonos adalah jenama luar pertama yang Google pernah benarkan pengguna tetapkan sebagai pembesar suara utama selain dari pembesar suara pintar Google tersendiri. Dengan menyaman kembali Sonos, Google hanya ingin melindungi diri mereka sahaja dan ingin menegakkan keadilan.

Di samping itu, Google akan terus berikan sokongan terbaik kepada pengguna untuk memastikan mereka mempunyai pengalaman penggunaan yang bagus. Untuk kes saman ini, mereka akan terus berusaha mencari jalan penyelesaian. Sayang sekali, tidak disebut dalam laporan sama ada ada nilai sama yang dikenakan atau tidak atau keputusan siapa menang saman ini. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.

Komen