Cari @ Amanz

Pihak penganjur Computex kini telah mengumumkan mereka akan membatalkan acara Computex yang dijadualkan ke bulan September 2020 sebelum ini, dan menjadualkannya kembali untuk tahun 2021. Computex sering melihat pengenalan sejumlah perkakasan baru daripada pengeluar komputer seluruh dunia.

Penangguhan ini diambil selari dengan kadar penularan wabak Covid-19 yang boleh dikatakan terus meningkat dari hari ke hari. Ini sekaligus membuatkan acara persidangan seperti Computex yang akan melihat kunjungan ramai orang berkenaan terdedah kepada penularan wabak Covid-19.

Apa pun, sebagai alternatif, kita akan dapat melihat beberapa acara diadakan secara atas-talian pada tahun ini, memperlihatkan perkongsian mengenai sejumlah teknologi dan perkakasan baru daripada pelbagai pengeluar seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd