Cari @ Amanz

Huawei P40 Pro+ 5G Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi – Berharga RM4999

Oleh Aman

Link Copied!

Huawei baru-baru ini telah mula menjual Huawei P40 Pro+ di pasaran China secara rasminya. Kini, selain di China, pihak Huawei Malaysia turut telah mula mengacah, mengatakan ia akan dijual di Malaysia tidak lama lagi.

Huawei P40 Pro+ hadir dengan sokongan kamera yang lebih baik berbanding model lain. Ia menyertakan lima kamera utama dibahagian belakang, dimana menyertakan dua sensor dengan sokongan zum optikal, menawarkan sokongan zum optikal sehingga 10x.

Disamping itu, ia juga hadir menggunakan rekaan berasaskan seramik untuk kerangka belakang – sekaligus menawarkan pengalaman lebih premium.

Huawei P40 Pro+ 5G berharga RM4999 di Malaysia. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai tarikh jualannya tidak lama lagi. Selain Huawei P40 Pro+ 5G ini, Huawei Malaysia turut akan menawarkan Huawei MatePad Pro 5G untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.


Komen ()