Cari @ Amanz

Nama kod dan rekaan untuk dongel Android TV dari Google telah tertiris dua minggu yang lalu. Dongel ini pada asalnya diramalkan sebagai pengganti kepada Chromecast Ultra tetapi nampaknya jauh berbeza kerana hadir dengan sebuah alat kawalan jarak jauh. Hari ini sekali lagi maklumat mengenai Sabrina telah tertiris menerusi XDA Developer yang membongkar misteri mengenai spesifikasinya pula.

Sabrina akan dijana cip Amlogic S905X2 yang hadir dengan empat teras Cortex-A53 pada kelajuan 1.8 GHz, dilengkapi GPU Mali-G31 MP2 dan memori sebesar 2GB. Sungguhpun spesifikasinya agak rendah, Sabrina masih boleh menyokong paparan video 4K 6pFPS dengan HDR10, HLG dan Dolby Vision. Kesemuanya menerusi ouput HDMI 2.1. Menurut laporan yang sama kod masa pendam rendah juga ditemui pada perisian awal memberikan petanda ia besar kemungkinan menyokong Stadia.

Bilakan dongel ini akan dilancarkan masih tidak diketahui. Sebelum ini terdapat spekulasi ia akan dilancarkan serentak dengan Pixel 4a pada awal bulan ini tetapi telefon pintar kelas pertengahan Google ini sendiri juga masih belum dilancarkan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd