Apple Mula Menawarkan Kit SSD Untuk Mac Pro – Mencapai RM11,200 Untuk 8TB

Apple Mula Menawarkan Kit SSD Untuk Mac Pro – Mencapai RM11,200 Untuk 8TB

Diterbitkan pada June 16, 2020 oleh .

Apple hari ini telah mula menawarkan pilihan naik-taraf grafik untuk MacBook Pro 16-inci. Bersama-sama dengannya, kini Apple turut telah mula menawarkan kit SSD untuk komputer desktop berkuasa tinggi mereka, Mac Pro.

Mac Pro SSD Kit

Melalui kit SSD ini, ia membolehkan pengguna menaik-taraf storan komputer, sekaligus menyimpan lebih banyak perkara dengan mudah dalam komputer.

Empat variasi storan diberikan, iaitu bermula 1TB, 2TB, 4TB dan juga 8TB.

Kit SSD untuk Mac Pro versi 1TB ditawarkan pada harga RM2400, 2TB pada harga RM4000, 4TB pada harga RM6400, dan 8TB pada harga RM11200.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya melalui laman Apple Malaysia hari ini, dengan tempoh penghantaran sekitar 1 ke 2 minggu.



TIPS & ULASAN