Cari @ Amanz

Quibi Dilaporkan Akan Gagal Mencapai Sasaran Pelanggan Berbayar Pada Tahun Pertama

Link Copied!

Bulan April lalu, Quibi dilancarkan. Ia adalah platform penstriman video pendek sepanjang 10 minit sahaja. Menariknya, fokus Quibi juga adalah membenarkan pengguna tonton secara menegak (mendatar juga boleh), berbanding dengan platform lain yang automatik akan menjadi mendatar. Sebanyak 25 episod pendek baharu akan dilancarkan setiap hari. Dengan format ini filem yang ditonton secara berepisod, Quibi akan menawarkan 175 kandungan asli pada tahun pertama operasi.

Oh ya, mereka turut menyasarkan untuk tontonan ke dan dari tempat kerja. Oleh itu kandungannya yang pendek boleh ditonton dengan lebih mudah.

Mereka menyasarkan untuk mempunyai sekitar 7.4 juta pelanggan berbayar pada tahun pertama operasi. Tetapi nampaknya mereka akan gagal, kerana Wall Street Journal meramalkan yang Quibi hanya akan mempunyai sekitar 2 juta pelanggan sahaja pada April 2021. Ini adalah sekitar 30% dari sasaran asal. Sehingga hari ini Quibi masih lagi tidak mempunyai pelanggan berbayar, kerana ketika ia dilancarkan mereka menawarkan 3 bulan percubaan. Ini bermakna, hanya bermula Julai baru pelanggan yang ingin teruskan langgan mula bayar.

Jumlah pengguna aktif juga adalah amat rendah, dari 6 April sehingga 28 Mei mereka dilaporkan mempunyai 4 juta muat turun – tetapi hanya 30% sahaja pengguna aktif. Salah satu sebab adalah tidak ramai menggemari kandungan menegak kerana pengalaman menonton kurang imersif dan pilihan kandungan walaupun yang asli – ia adalah terhad. Quibi mengatakan yang Covid-19 adalah punca pengguna tidak aktif, kerana tiada yang ke atau balik dari kerja dan semua berkurung sahaja. Kemudian, kandungan mereka tidak boleh distrim ke paparan lain dan hanya pada 25 Mei dan 9 Jun sahaja sokongan AirPlay dan Chromecast diperkenalkan.

Quibi mungkin memerlukan tambahan $200 juta (~RM854 juta) jika ingin terus hidup. Itu pun jika pelabur mereka Disney, WarnerMedia, Sony, NBCUniversal dan ViacomCBS berminat untuk teruskan pelaburan. Pelaburan sebelum ini sahaja sudah berjumlah $1.75 bilion (~RM7.5 bilion). Apakah nasib Quibi selepas tamat tahun pertama operasi? Mungkin ya, apa-apa pun sama-sama kita nantikan.


Komen ()