Sony Malaysia sebelum ini telah mengumumkan harga jualan untuk Xperia 10 II untuk pasaran Malaysia, dan menjanjikan penawarannya pada bulan Jun 2020. Selari dengannya, kini Sony Malaysia telah pun membuka pra-tempahan untuk telefon pintar berkenaan.
Xperia 10 II adalah skrin 6-inci OLED, dijana Snapdragon 665, 4GB RAM, dan storan 128GB. Ia hadir dengan bateri 3600mAh, dan kamera swafoto 8-megapixel. Melengkapkan telefon pintar ini adalah tri-kamera belakang gabungan 12MP + 8MP + 7MP.
Seperti beberapa telefon keluaran Sony lain, telefon pintar ini turut hadir dengan sokongan kalis air IP68, selain dilengkapi ketahanan kaca Gorilla Glass 6.
Pra-tempahan untuk telefon pintar ini dibuka sehingga 5 Julai 2020 kelak, dimana ia turut hadir dengan fon telinga WI-C400 bernilai RM279 (dalam kuantiti terhad).