Twitter Kini Menyokong Ciapan Dalam Bentuk Audio

Twitter Kini Menyokong Ciapan Dalam Bentuk Audio

Diterbitkan pada Jun 18, 2020 oleh .

Secara lazimnya bercakap lebih mudah dan pantas berbanding menulis. Maka hari ini Twitter mengumumkan ciri baharu yang membenarkan pengguna untuk menghantar ciapan dalam bentuk audio. Pengguna akan dibenarkan menghantar klip audio sepanjang 140 saat pada satu-satu masa. Jika audio yang lebih panjang ingin dihantar, aplikasi secara automatik akan menghasilkan bebenang bersambung untuk ciapan audio seterusnya.

Pada waktu ini ciri ini diaktifkan pada sebilangan kecil pengguna aplikasi iOS sebelum diberikan kepada semua pengguna iOS dalam masa beberapa minggu. Tiada maklumat bilakah ia akan diberikan pula kepada pengguna aplikasi Android.

Tahun ini melihat Twitter memperkenalkan pelbagai ciri baharu seperti menghantar ciapan yang tidak boleh dibalas dan melihat ciapan semula dengan komen dalam tab tersendiri. Kesemua ciri-ciri ini adalah bagus tetapi kita semua tahu yang benar-benar diinginkan ialah ciri menyunting ciapan yang telah dihantar.



Paling Popular