Zoom Kini Akan Menawarkan Penyulitan Hujung-Ke-Hujung Kepada Semua Pengguna

Zoom Kini Akan Menawarkan Penyulitan Hujung-Ke-Hujung Kepada Semua Pengguna

Diterbitkan pada June 18, 2020 oleh .

Awal Mei lalu Zoom mengumumkan mereka akan menawarkan penyulitan hujung-ke-hujung kepada semua pengguna berbayar sahaja. Akibatnya Zoom menerima kritikan yang hebat dari pengguna kerana penyulitan hujung-ke-hujung sepatutnya dijadikan ciri standard untuk sebuah platform yang digunakan ramai.

Namun begitu hanya mereka yang mengesahkan akaun menggunakan nombor telefon sahaja akan boleh mengakses ciri ini. Pengguna yang tidak berdaftar masih tidak akan menerima penyulitan ini. Zoom akan memperkenalkan sistem penyulitan hujung-ke-hujung kepada semua pengguna bermula Julai ini.

Sejak pandemik bermula, Zoom mula menjadi platform telesidang pilihan kerana membenarkan banyak pengguna menyertai setiap sesi secara serentak.



TIPS & ULASAN