Penggunan aplikasi Zoom melonjak naik kerana wabak Covid-19. Di Malaysia ia menjadi aplikasi utama untuk melakukan telesidang kerana mudah digunakan serta menyokong ramai pengguna secara serentak. Tetapi ini tidak bermakna ia tidak bermasalah. Antara isu yang pernah kami laporkan ialah maklumat pengguna yang telah dijual di web gelap dan masalah ia dirampas oleh individu luar. Bagi pengguna berbayar, satu masalah yang tidak akan berlaku lagi ialah mesyuarat atas talian yang diintip.
Zoom telahpun mengumumkan sokongan penyulitan video hujung-ke-hujung akan diberikan kepada pengguna berbayar. Menurut mereka sistem penyulitan kekunci 256-bit AES-GCM yang akan digunakan kelak akan mengurangkan kerisauan pengguna berbayar pada platform mereka.
Ledakan pengguna memaksa Zoom untuk berinovasi dengan pantas. Dalam masa sebulan sahaja mereka berjaya memperkenalkan sistem bilik menunggu dan kata laluan diaktifkan secara lalai setiap kali telesidang dimulakan. Pembelian Keybase beberapa hari yang lalu menunjukkan komitmen mereka untuk mengukuhkan keselamatan pengguna.
Ia turut memaksa platform lain seperti Google Meet, Microsoft Teams dan Messenger untuk memberikan ciri yang sama dengan Zoom untuk kekal kompetitif memandangkan masih ramai pengguna global masih di dalam situasi kuarantin,