Mi Watch Color Akan Dilancarkan Ke Pasaran Global Sebagai Mi Watch Revolve

Mi Watch Color Akan Dilancarkan Ke Pasaran Global Sebagai Mi Watch Revolve

Diterbitkan pada June 19, 2020 oleh .

Jam tangan pintar Xiaomi Mi Watch Color telah dilancarkan di China sahaja pada Januari yang lalu dengan rekaan muka jam bulat serta menggunakan sistem operasi Wear OS. Selepas hampir setengah tahun, nampaknya ia kini bersedia untuk ditawarkan kepada pengguna global dengan nama baharu Mi Watch Revolve.

Penggunaan nama ini disedari oleh pengguna Mi Watch Color yang mengimport jam tangan ini ke luar China. Di dalam aplikasi, terdapat pilihan untuk menambah kepada Mi Watch Revolve walaupun yang dibeli adalah Mi Watch Color. Dengan jam tangan pintar dikenali dengan nama lain di dalam aplikasi rasmi, ia petanda paling jelas pelancaran global semakin hampir.

Xiaomi Mi Watch Color sebelum ini hadir dengan skrin 1.39-inci AMOLED, resolusi 454 x 454 pixel dan tubuh bersaiz 46.2mm. Rangka jam adalah dari besi, hadir dengan sokongan NFC, Bluetooth 5.0 BLE, dan perlindungan kalis air 5ATM. Lebih menarik, jam ini juga hadir dengan GPS terbina dan ketahanan bateri sehingga 14 hari untuk mod jam biasa atau 22 hari jika jam sahaja atau juga 22 jam mod sukan. Kebarangkalian spesifikasi Mi Watch Resvolve diubah pada waktu ini adalah rendah.



TIPS & ULASAN