Cari @ Amanz

Asus Bakal Hadir Dengan Telefon Menggunakan Cip Snapdragon 865, Memori Sehingga 16GB RAM

Link Copied!

Jika dalam artikel sebelum ini kami berkongsi mengenai Asus ROG Phone 3. Kini, muncul satu lagi maklumat tertiris mengatakan sebuah peranti misteri Asus dengan pemproses Snapdragon 865 pula telah dijumpai menerusi penanda aras Geekbench.

Peranti misteri berkenaan muncul dengan nombor model Asus ZF dan penyenaraian memperlihatkan beberapa ciri utama pada peranti. Selain daripada dijana oleh cip Snapdragon 865, ia mungkin menggunakan memori 16GB RAM dan perisian Android 10. Peranti ini dilihat mencatatkan skor sebanyak 973 mata dalam ujian satu teras. Manakala, 3,346 mata untuk ujian pelbagai teras.

Tiada banyak maklumat lain diketahui. Namun begitu, ramai menjangkakan ia akan dilancarkan sebagai Asus Zenfone 7. Buat masa ini, ia boleh dikatakan sebagai desas-desus sahaja. Tetapi, sekiranya benar kita akan dapat lihat beberapa produk baru daripada Asus tidak lama lagi.


Komen ()