Samsung Galaxy Watch 3 Muncul Lagi Dalam Imej Sebenar

Samsung Galaxy Watch 3 Muncul Lagi Dalam Imej Sebenar

Diterbitkan pada June 24, 2020 oleh .

Kalau anda perasan, sebelum ini kami pernah berkongsi mengenai Samsung Galaxy Watch 3 dan kini, ia muncul lagi dalam imej sebenar yang memperlihatkan antara mukanya pula menerusi ciapan @Mr_TechTalkTV. Apa yang kita dapat lihat di sini, ia menunjukkan perisian antara mukanya tidak menunjukkan perubahan yang ketara dan ia dijangka akan bergantung pada sistem bezel kawalan berputar untuk melakukan navigasi.

Imej dikongsi turut memaparkan paparan menu utama dengan pilihan 10 fungsi yang pelbagai. Sebelum ini, jam pintar ini dikatakan telah tertiris dan mendedahkan sejumlah spesifikasi utama. Ia dipercayai ditawarkan dalam dua saiz iaitu 41mm (skrin 1.2 inci) dan 45mm (skrin 1.4 inci). Ia juga dikhabarkan menggunakan memori sebesar 1GB RAM, storan 8GB dan sistem operasi Tizen OS 5.5. Ura-ura turut kedengaran, Galaxy Watch 3 akan dilancarkan pada bulan Julai bersama dengan Galaxy Buds Live.



TIPS & ULASAN