China Melancarkan Satelit Terakhir Untuk Sistem GPS Beidou

China Melancarkan Satelit Terakhir Untuk Sistem GPS Beidou

Diterbitkan pada June 24, 2020 oleh .

Semalan China telah melancarkan satelit ke-35 dan yang terakhir untuk sistem Beidou Navigastion Satellite (BDS) mereka. Sistem BDS yanvg lebih dikenali sebagai Beidou dibangunkan oleh China bagi membolehkan mereka bergantung sepenuhnya kepada sistem navigasi global buatan tempatan. Satelit terakhir yang dilancarkan semalam adalah untuk generasi ketiga Beidou yang kini memberikan penjejakan kedudukan pada peringkat global.

Pelancaran dilakukan dengan roket Long March 3B dari Xichang Satellite Launch Center yang terletak di provinsi Sichuan. Beidou ialah sistem navigasi satelit global keempat yang beroperasi sepenuhnya selepas GPS, GLONASS dan Galileo. Kerana ia adalah sistem yang paling terkini, Beidou-3 mampu memberikan pembacaan kedudukan yang lebih jitu dan pantas berbanding GPS yang baru sahaja menyambut ulangtahun yang ke 25.

Selepas China, India juga akan mempunyai sistem mereka yang tersendiri ialah NavIC yang pada waktu ini hanya beroperasi di negara mereka.



TIPS & ULASAN