Tahun lalu Apple menyertakan pengecas 18W dengan setiap pembelian iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max. Ia menggantikan pengecas 5W yang disertakan sejak bertahun lamanya. Kini kedengaran ura-ura pada iPhone 12 kelak, pengecas yang lebih berkuasa akan disertakan dengan setiap pembelian.
Menurut ciapan @laobaiTD hari ini, pengecas 20W akan disertakan dengan sokongan format USB Power Delivery. Seperti pengecas pantas 18W sebelum ini, sambungan pada pengecas ialah USB-C tetapi sambungan ke iPhone 12 masih lagi misteri. Terdapat ura-ura sebelum ini akhirnya Lightning akan diubah ke USB-C tetapi pada masa yang sama wujud juga ura-ura iPhone nirlubang pengecas juga akan dibangunkan. Misteri mengenainya akan terjawab ketika pelancaran peranti yang dijangka berlangsung September hadapan.