Jenama Motorola tidak asing lagi dalam dunia teknologi peranti pintar. Ia juga merupakan jenama legenda yang pernah bersaing dengan Nokia suatu ketika dahulu. Terkini, Motorola dilihat ingin memberikan lebih pilihan kepada pengguna dengan merancang untuk memperkenalkan produk baru tidak lama lagi.
Ia berikutan terdapat laporan mengatakan Motorola bakal mengadakan sebuah acara pelancaran khas pada 7 Julai depan. Pun begitu, jemputan yang tersebar tidak pula memperlihatkan sebarang maklumat mengenai produk yang bakal diperkenalkan kelak. Namun, ramai berspekulasi bahawa Motorola dikatakan mungkin hadir dengan Motorola Edge Lite dan Motorola One Fusion pada acara berkenaan.