Xiaomi Menawarkan Robot Vakum Yang Turut Boleh Mengemop Pada Harga RM999

Xiaomi Menawarkan Robot Vakum Yang Turut Boleh Mengemop Pada Harga RM999

Diterbitkan pada Jun 25, 2020 oleh .

Bersama-sama pengenalan pengering rambut, Xiaomi Malaysia kini turut telah membawa masuk sebuah robot vakum yang turut boleh mengemop lantai, iaitu Mi Robot Vacuum-Mop.

Mi Robot Vacuum-Mop

Mi Robot Vacuum-Mop

Robot ini hadir dengan motor dengan kadar kelajuan sedutan 2500Pa, dan menyertakan empat mod kuasa berbeza. Seperti robot vakum lain, ia turut menawarkan kemudahan untuk bergerak secara bebas, dan mengelak terlanggar halangan.

Pengguna boleh mengawal robot ini menggunakan sebuah aplikasi khusus. Versi terbaru robot ini turut hadir dengan ruangan untuk meletakkan air, dan memudahkan anda untuk mengelap lantai dan membuang kesan kotoran pada lantai dengan lebih baik.

Mi Robot Vacuum-Mop

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Mi Robot Vacuum-Mop ini boleh didapati pada harga RM999 bermula 25 Jun ini.



Paling Popular