Cari @ Amanz

Perkembangan arena internet membuatkan kini lebih ramai yang menonton video melalui peranti mudah-alih mereka, sekaligus membawa kepada sejumlah rekod baru dicipta. Sekiranya sebelum ini rekod video dengan tontonan tinggi terpantas dipegang oleh kumpulan BTS dari Korea Selatan, kini rekod berkenaan dipecahkan, dan diambil-alih oleh kumpulan BlackPink – juga dari Korea Selatan.

Video muzik “How You Like That” ini kini memegang takhta video paling banyak ditonton dalam tempoh 24 jam pertama, selain turut menjadi video yang terpantas mencapai jumlah tontonan 100 juta di YouTube.

Menurut penerbitnya, angka tontonan 100 juta dicatatkan pada awal pagi Ahad, sekitar 32 jam selepas video muzik berkenaan diterbitkan.

Rekod sebelum ini memperlihatkan masa diambil sekitar 37 jam untuk mencapai angka tontonan 100 juta di YouTube.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd