Coca-Cola Menghentikan Pengiklanan Digital Di Semua Media Sosial Selama Sekurang-Kurangnya 30 Hari

Coca-Cola Menghentikan Pengiklanan Digital Di Semua Media Sosial Selama Sekurang-Kurangnya 30 Hari

Diterbitkan pada June 28, 2020 oleh .

Coca-Cola merupakan salah satu jenama minuman yang tidak asing bagi ramai pengguna. Terbaru, Coca-Cola mengumumkan mereka akan menghentikan pengiklanan di semua platform media sosial pada peringkat global selama sekurang-kurangnya 30 hari, bermula 1 Julai 2020 ini.

Coca-Cola melalui kenyataan yang dikeluarkan, mengatakan yang mana tiada tempat untuk perkauman di dunia ini, termasuk di media sosial. Coca-Cola turut mengatakan mereka akan melihat kepada polisi pengiklanan, dan menentukan sama ada mereka perlukan perubahan atau sebaliknya.

Pengumuman pihak Coca-Cola ini hadir lanjutan daripada sejumlah syarikat yang telah menyatakan akan menghentikan pengiklanan sementara di platform seperti Facebook dan Instagram. Perkara ini walaupun ditujukan kepada syarikat media sosial, secara tidak langsung, ia juga mungkin sedikit sebanyak memberikan impak kepada para penerbit kandungan yang bergantung kepada pendapatan melalui media sosial seperti Facebook atau YouTube.



TIPS & ULASAN