Honor 30 Lite Sokong Skrin 90Hz – Diperkenalkan Seiring Dengan Honor X10 Max

Honor 30 Lite Sokong Skrin 90Hz – Diperkenalkan Seiring Dengan Honor X10 Max

Diterbitkan pada July 1, 2020 oleh .

Honor telah memperkenalkan siri Honor 30 sekitar April lalu dan mereka muncul dengan tiga buah model iaitu Honor 30 Pro+, Honor 30 Pro dan Honor 30. Kini, nampaknya Honor bakal menambah sebuah lagi ahli baru di bawah siri yang sama dikenali sebagai Honor 30 Lite. Dengan penjenamaan ‘Lite’, kita mungkin boleh menjangkakan bahawa peranti ini bakal hadir dengan penawaran lebih mampu milik.

Bakal diperkenalkan pada 2 Julai ini, Honor 30 Lite bakal muncul seiring dengan pengenalan Honor X10 Max. Peranti ini dikhabarkan menyokong paparan 90Hz dengan kadar sentuhan 180Hz. Dalam perkongsian berbeza, peranti ini juga telah dipercayai telah diperlihatkan dalam imej sebenar dengan kemasan 4 pilihan warna menarik. Tapi sayangnya, ia tidak pula memperlihatkan rekaan untuk panel hadapannya.

Meskipun masih berteka-teki mengenai panel skrinnya, memetik khabar angin tersebar ia mungkin menggunakan panel LCD dengan ukuran 6.5-inci. Selain itu, ia juga dipercayai menggunakan Cip MediaTek Dimensity 800, kamera utama 48-Megapixel dan bateri 4,000mAh dengan pengecasan pantas 22.5W. Jika benar peranti ini menggunakan, cip pemproses berkenaan, ia dijangka muncul dengan sokongan rangkaian 5G.



TIPS & ULASAN