TCL Menghasilkan Teknologi Pengimbas Cap Jari Pada Keseluruhan Permukaan Skrin
TCL

TCL Menghasilkan Teknologi Pengimbas Cap Jari Pada Keseluruhan Permukaan Skrin

Diterbitkan pada July 2, 2020 oleh .

Sebelum ini terdapat beberapa laporan media yang mendakwa sejumlah pengeluar telah berjaya menghasilkan pengimbas cap jari bawah skrin untuk panel LCD. Ia termasuklah Huawei, BOE, Goodix dan Redmi. Namun, hingga kini ia hanya sekadar kata-kata yang diucapkan dan kita masih belum menemui mana-mana peranti dengan teknologi ini yang tersedia secara komersial.

Terkini, terdapat sebuah laporan yang mengatakan TLC juga telah berjaya menghasilkan teknologi ini dan ia dijangka muncul secara besar-besaran pada tahun ini dan akan muncul dengan versi yang lebih baik pada tahun akan datang. Menurut TCL, mereka mengambil masa sekitar dua tahun dan memfailkan lebih daripada 30 paten untuk menghasilkannya.

Menarik mengenainya, ia dikatakan berupaya memberikan pengalaman menyahkunci peranti yang lebih baik. Di mana, ia memiliki pengiktirafan sensor inframerah dan tahap pengecaman cap jari yang dipertingkatkan (tahapnya boleh mencapai standard pada panel OLED). Selain itu, teknologi ini juga membolehkan pengguna menyahkunci pada hampir semua bahagian skrin. Ia juga dikatakan mempunyai kecerahan mencecah 450 nits bertujuan untuk mengesan lebih perincian.

Tetapi, adakah ianya benar-benar akan muncul secara komersial atau sekali lagi sekadar kata-kata yang diucapkan? Sama-sama kita tunggu. Tapi jika ianya benar, kita bakal lihat banyak peranti mampu milik yang menyokong teknologi sekuriti ini.



TIPS & ULASAN