LG Dijangka Memperkenalkan Telefon Boleh-Gulung Seawal Tahun Hadapan
LG

LG Dijangka Memperkenalkan Telefon Boleh-Gulung Seawal Tahun Hadapan

Diterbitkan pada July 2, 2020 oleh .

LG kini dilaporkan sedang merancang untuk melancarkan telefon pintar dengan rekaan boleh-gulung pada awal tahun hadapan. LG diperkatakan memanggil projek ini sebagai Projek B.

Seperti ramai sedia maklum, LG dalam kerugian sejak beberapa tahun yang lepas dalam arena peranti mudah-alih. Malah, mereka telah berhenti memasarkan produk mudah-alih dibeberapa pasaran, termasuk di Malaysia.

Kini dalam usaha mencuri perhatian ramai, selain memberikan motivasi untuk perniagaan, LG dijangka akan memperkenalkan telefon pintar dengan rekaan boleh-gulung. LG dikatakan telah mula membangunkan prototaip peranti berkenaan di kilang di Korea Selatan.

LG bakal menggunakan panel boleh-gulung, yang boleh ditarik untuk dipanjangkan apabila diperlukan. Ia dikatakan

Desas-desus berkaitan penawaran peranti boleh-gulung daripada LG ini bukan sesuatu yang baru. Kita telah mendengarnya sejak beberapa bulan yang lepas. Selain dengan rekaan skrin boleh-gulung, LG turut dijangka memperkenalkan telefon pintar dengan rekaan dwi-skrin yang boleh berputar.



TIPS & ULASAN