Cari @ Amanz

Seiring pelancaran Honor X10 Max, jenama ini turut memperluaskan lagi penawaran di bawah siri Honor 30 melalui pengenalan Honor 30 Lite. Ia merupakan sebuah lagi peranti dengan sokongan 5G terbaru daripada Honor yang ditawarkan pada harga berpatutan.

Honor 30 Lite dilengkapi skrin bertakuk kecil dengan ukuran 6.5-inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia dijana oleh cip MediaTek Dimensity 800, memori sehingg 8GB RAM, storan sehingga 128GB dan menggunakan perisian Magic UI 3.1 berasaskan Android 10 terkini. Ia dikatakan tidak menyokong perkhidmatan GMS.

Melengkapi peranti adalah tiga kamera utama iaitu 48-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (sudut lebar) + 2-Megapixel (kedalaman) dan kamera hapadan sebesar 16-Megapixel. Kamera utama mampu merakam video 4k dengan sokongan EIS dan mod malam (Super Night Mode).

Bateri yang disertakan berkapasiti 4,000mAh (melali USB-C) dan menyokong pengecasan pantas 22.5W. Honor 30 Lite ditawarkan di pasaran China pada harga bermula RMB1,700 (¬ RM1,031) untuk varian asas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd