OnePlus Melancarkan Tiga Lagi Televisyen Pintar Android TV

OnePlus Melancarkan Tiga Lagi Televisyen Pintar Android TV

Diterbitkan pada July 3, 2020 oleh .

Tahun lalu OnePlus menerjah masuk ke dalam arena penghasilan televisyen pintar QLED menerusi OnePlus TV yang menggunakan sistem operasi Android TV. TV tersebut dijual pada harga yang premium di pasaran tertentu sahaja. Semalam mereka melancarkan tiga lagi model televisyen pintar Android TV tetapi kali ini pada harga lebih mampu milik.

 OnePlus TV 55U1  ialah model paling premium dengan skrin 55-inci 4K LCD yang mampu mempamerkan warna 93% DCI-P3, HDR10 dan Dolby Vision. Terdapat sokongan audio Dolby Atmos yang dipancarkan menerusi empat pembesar suara 30W. Dengan sistem operasi Android TV 9, pelbagai aplikasi popular seperti YouTube dan Netflix boleh dimuat turun. Televisyen mempunyai rekaan bezel yang nipis dengan nisbah skrin kepada tubuh 95%.

Seterusnya ialah OnePlus TV 43Y1 dengan skrin 43-inci LCD FHD yang menyokong paparan warna 93% DCI-P3 tetapi tiada sokongan HDR disertakan. Sistem Dolby Audio disokong menerusi dua pembesar suara 20W. Seperti 55U1, 43Y1 juga menggunakan sistem operasi Android TV 9. Akhir sekali ialah OnePlus TV 32Y1 yang mempunyai spesifikasi yang sama dengan 43Y1 cuma skrin lebih kecil 32-inci LCD beresolusi 1366 x 768 pixel sahaja.

Di India OnePlus TV 55U1  dijual pada harga ₹49,999 (~RM2879), OnePlus TV 43Y1 pada harga ₹22,999 (~RM1320) dan OnePlus TV 32Y1 dijual pada harga ₹12999 (~RM746) sebuah.



Paling Popular