Vivo IQOO Z1x Akan Dilancarkan Pada 9 Julai Dengan Skrin 120Hz Dan Bateri 5000mAh

Vivo IQOO Z1x Akan Dilancarkan Pada 9 Julai Dengan Skrin 120Hz Dan Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada July 3, 2020 oleh .

Memang tidak dinafikan, ketika ini kita dapat lihat pelbagai pengeluar seolah-olah seronok dan berlumba-lumba untuk menghasilkan peranti pintar dengan kadar segar semula yang tinggi. Ia dilihat seakan-akan menjadi syarat wajib untuk sesebuah peranti pada tahun ini.

Terkini, sebuah lagi peranti dengan kadar segar semula 120Hz bakal diperkenalkan iaitu Vivo IQOO Z1x. Mungkin ia boleh dikatakan tidak sehebat pendahulunya, Vivo IQOO Z1 yang dibekalkan skrin 144Hz tetapi Vivo telah membuat penambahbaikan pada sokongan bateri. Di mana, Vivo IQOO Z1x akan dilengkapi bateri lebih besar 5,000mAh.

Peranti ini juga dikhabarkan telah ditemui di laman TEENA dengan sejumlah spesifikasi utama. Ia dipercayai menyokong paparan berukuran 6.57-inci LCD, memori 8GB RAM, storan 256GB dan kamera utama 48MP. Untuk ketahui lebih lanjut, kita tunggu pelancaran rasmi pada 9 Julai kelak. Kita dapat lihat kebanyakan penawaran pada peranti daripada iQOO nampak menarik. Tapi sayangnya, sehingga kini kita belum melihat sebarang penawaran peranti ini di pasaran Malaysia.



TIPS & ULASAN