Intel Akan Melaburkan RM1 Bilion Untuk Reliance Jio Platforms

Intel Akan Melaburkan RM1 Bilion Untuk Reliance Jio Platforms

Diterbitkan pada July 3, 2020 oleh .

Anda mungkin tidak mengenali sebuah syarikat teknologi yang bernama Reliance Jio, tetapi mereka boleh dikatakan syarikat telekomunikasi dan teknologi terbesar di India sekarang.

Dengan 400 juta pelanggan di India sahaja, mereka juga telah membina pelbagai platform digital yang dikuasakan oleh rangkaian mereka sendiri, seperti JioTV, Jio Music, platform pembayaran digital JioMoney dan terkini, perisian telesidang JioMeet yang dilihat akan menandingi Google Meet dan juga Zoom.

Intel baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan melaburkan $253.5 juta dan akan menerima pegangan saham sebanyak 0.39 peratus pada syarikat tersebut yang akan meningkatkan lagi valuasi syarikat tersebut.

Menariknya, Intel hanyalah syarikat ke-12 yang telah melaburkan wang kepada Reliance Jio Platforms. Syarikat-syarikat lain yang telah melaburkan sejumlah wang yang besar kepada syarikat tersebut termasuklah Facebook, General Atlantic dan PIF dari Arab Saudi.

Sejak April tahun ini, Reliance Jio telah menerima sebanyak $15.5 bilion (~RM62 bilion) setelah menjual sebanyak 25 peratus daripada pegangan saham mereka sendiri.

Reliance Jio menyasarkan peningkatan jumlah pelanggan ke 500 juta pengguna menjelang 2023 dan separuh pasaran negara tersebut pada tahun 2025.



TIPS & ULASAN