Cari @ Amanz

Google telah menyatakan mereka akan menghentikan penawaran aplikasi 32-bit melalui Google Play Store bermula tahun hadapan. Selari dengannya, kini Google telah mula membangunkan aplikasi Chrome 64-bit untuk Android.

Melalui Chrome 85 yang kini dalam fasa pembangunan awal, Google dilihat menyertakannya dalam binaan 64-bit.

Menggunakan binaan berasaskan 64-bit, ia sekaligus akan menawarkan prestasi yang lebih baik untuk pengguna, dan beroperasi dengan lebih pantas.

Pelayar web 64-bit juga dijangka akan menawarkan peningkatan prestasi berganda berbanding penggunaan versi 32-bit pada hari ini.

Chrome 85 dijangka dilancarkan pada penghujung Ogos kelak, dan ia mungkin menjadi antara versi 64-bit yang terawal untuk pengguna peranti Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd