Carian
Samsung Galaxy M21 Akan Dilancarkan Pada Harga Bermula RM699 Minggu Hadapan
July 5, 2020 Effi Saharudin

Pada Mac lalu Samsung Galaxy M21 telah diumumkan di India dengan kapasiti bateri 6000 mAh serta dijana cip Exynos 9611. Ramai yang agak teruja dengan peranti dan ia kini sah akan ditawarkan di Malaysia pada 7 Julai hadapan. Walaupun belum secara rasmi dilancarkan di Malaysia, peranti telahpun disenaraikan di laman edagang rasmi Samsung di Lazada.

Pada 7 Julai kelak ia akan ditawarkan pada harga promosi istimewa RM699. Selepas itu ia akan ditawarkan pada harga RM899 sebuah, Samsung Galaxy M21 hadir dengan paparan bersaiz 6.4″ Super AMOLED FHD+ bersama rekaan takuk yang dikenali sebagai Infinity-U. Peranti ini dikuasakan oleh cip pemproses Exynos 9611 dan dipadankan dengan memori sebesar 4GB RAM dan storan sebesar 64GB sahaja untik pasaran tempatan.

Trikamera utama menggunakan lensa 48MP (utama) + 8MP (sudut lebar) + 5MP (kedalaman) sementara kamera swafoto pula adalah sebesar 20MP. Melengkapi peranti adalah bateri berkapasiti 6,000 mAh dengan pengecasan pantas 15W. Turut disertakan ialah pengimbas cap jari fizikal pada panel belakang.

Komen