Carian
AI Shutter Mungkin Jawapan Xiaomi Kepada Fungsi Top Shot Pada Google Pixel
July 6, 2020 Amy Maizuraa

MIUI 12 telah diperkenalkan sekitar Mei lalu dengan penambahbaikan yang lebih lancar dan realistik. Ia juga dikatakan menyertakan perubahan besar pada setiap animasi antaramukanya dengan elemen lebih kemas. Kini, Xiaomi dalam proses melancarkan MIUI 12 versi stabil untuk sejumlah barisan perantinya.

Namun, terdapat satu perkara yang dilihat menarik di mana ada sumber melaporkan, Xiaomi dalam usaha membangunkan satu fungsi menarik pada aplikasi kameranya dikenali sebagai AI Shutter. Mungkin ini adalah jawapan Xiaomi kepada fungsi Top Shot yang ada pada barisan peranti Google Pixel sebelum ini.

Fungsinya adalah sama di mana, ia adalah satu fungsi rakaman burst dengan ciri pintar. Gambar burst akan diambil dan gambar yang terbaik akan dicadangkan oleh peranti untuk disimpan. Melaluinya, lebih banyak gambar yang diambil kini lebih baik, terutamanya ketika merakam gambar yang bergerak.

Selain daripada itu, terdapat juga sejumlah fungsi lain seperti Magic Clone dan sokongan isyarat skrin penuh yang mungkin dapat membantu pengguna untuk menghasilkan penggambaran yang lebih baik.

Komen