Realme X50 Pro 5G Dilancarkan Di Malaysia – Snapdragon 865, Pengecas 65W, Berharga RM2999

Realme X50 Pro 5G Dilancarkan Di Malaysia – Snapdragon 865, Pengecas 65W, Berharga RM2999

Diterbitkan pada July 6, 2020 oleh .

Realme Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar mercu terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Realme X50 Pro 5G.

Telefon pintar ini hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini, dan menjadi telefon pintar pertama dengan sokongan 5G untuk pasaran tempatan – walaupun tiada sokongan rangkaian berkenaan buat masa ini di Malaysia.

Realme X50 Pro

Realme X50 Pro 5G menggunakan skrin 6.44-inci Super AMOLED dengan kadar segar semiula 90Hz, dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 865, memori sehingga 12GB RAM LPDDR5, dan storan sehingga 256GB UFS 3.0.

Untuk bahagian bateri, telefon pintar ini dilengkapi bateri 4200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W.

Realme X50 Pro 5G menggunakan empat kamera belakang dengan sensor utama 64MP, dilengkapi 12MP (telefoto) + 8MP (ultra-lebar) + lensa hitam-putih. Untuk rakaman swafoto pula, Realme X50 Pro 5G hadir dengan dwi-kamera hadapan gabungan 32MP + 8MP. Ciri rakaman seperti rakaman gerak-perlahan, rakaman zum sehingga 20x, dan rakaman makro turut disertakan pada kamera telefon pintar ini.

Di Malaysia, Realme menawarkan telefon pintar ini pada harga RM2999, dan boleh didapati melalui Lazada bermula esok, 7 Julai 2020. Harga ini adalah sama seperti harga yang telah dilaporkan sebelum ini.

Realme X50 Pro 5G



Paling Popular