Cari @ Amanz

Baru-baru ini, Xiaomi telah mengemaskini siri RedmiBook mereka dengan tiga model baru iaitu RedmiBook 13,14 dan 16 dengan penggunaan AMD Ryzen 4000. Kini, mereka dilaporkan akan melancarkan RedmiBook 16 dengan cip Intel Core i7 pula, sekaligus memberi lebih banyak pilihan buat pengguna.

Tarikh pelancaran telah dikongsi menerusi sebuah poster acah dan ia dijadualkan berlangsung pada 8 Julai 2020. Kita boleh menjangkakan, model ini berkemungkinan besar membawakan ciri dan spesifikasi yang hampir sama dengan model AMD. Cumanya, tunjang utamanya akan dikemaskini dengan pemproses Intel Core i7 generasi ke-10. Model ini juga mungkin dilengkapi variasi RAM sehingga 16GB dan SSD 512GB.

Imbas kembali, RedmiBook 13,14 dan 16 untuk versi AMD dikuasakan oleh pilihan APU AMD Ryzen 5 4500 atau AMD Ryzen 7 4700U. Pilihan memori pula, 8GB dan 16GB bersama-sama storan SSD PCIe bersaiz 512GB hingga 1TB bergantung kepada model yang dipilih. Dari segi I/O, ia hadir dengan pilihan dua palam USB Type-C, satu palam USB Type-A, satu palam HDMI dan satu palam audio.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd