Cari @ Amanz

Huawei nampaknya sedang bersedia untuk melancarkan komputer desktop yang dikuasakan oleh CPU keluaran mereka sendiri. Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa mereka sedang membangunkan CPU desktop yang dibangunkan menggunakan proses 7nm yang dinamakan Kunpeng 920.

Terkini, sebuah laman YouTube telah memperlihatkan sebuah komputer desktop yang dikuasakan oleh CPU tersebut dan menggunakan papan induk D920S10, memori DDR4 sebanyak 16GB dan storan SSD sebesar 256GB.

Komputer desktop tersebut telah diuji dengan perisian Blender menggunakan penanda-aras BMW yang dilengkapkan dalam masa 11 minit 47 saat yang agak panjang untuk sebuah CPU yang dilengkapi 8 teras.

Komputer ini dipasang dengan sistem operasi UOS yang dibina berdasarkan Linux. Komputer ini telah dibeli oleh laman YouTube tersebut pada harga sekitar 7500 Yuan (~RM4000).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd