Carian
Cinera Edge Menawarkan Pengalaman Seakan Menonton Skrin Sebesar 1200 Inci
July 7, 2020 Effi Saharudin

Tidak ramai orang mampu memiliki TV dengan skrin 4K pada waktu ini kerana harga jualannya yang masih agak tinggi. Harga jualan televisyen dengan saiz besar pula ada yang mencecah harga sebuah kereta sedan untuk kegunaan keluarga. Antara penyelesaian yang pernah dilakukan ialah menghasilkan set kepala yang memberi pengalaman yang sama menerusi skrin yang lebih kecil.

Cinera Edge ialah sebuah set kepal yang menawarkan pengalaman menonton skrin sebesar 1200 inci menerusi skrin dwi-skrin OLED setiap satunya beresolusi 2,560 x 1,440 pixel. Apabila digabungkan, pemakai Cinera Edge boleh menikmati skrin dengan resolusi gabungan hampir 5K lengkap dengan sokongan paparan 3D.

Dengan saiz 97 x 207 x 103 mm dan sebesar 490 gram, ia juga lebih kecil serta ringan berbanding Cinera Prime yang ditawarkan pada tahun 2017. Bateri sebesar 5200 mAh menurut pengeluar mampu menawarkan penggunaan sehingga tiga jam berterusan.

Dengan sistem operasi Android 7, pelbagai aplikasi boleh dimuat turun untuk menstrim video yang boleh ditonton. Selain itu terdapat sokongan audio Dolby Surround dan model Pro pula mempunyai input HMDI untuk memaparkan kandungan dari pemain Blu-Ray atau disambung kepada konsol permainan video.

Wayang boleh-pakai ini sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dibeli pada harga bermula $449 (~RM1921) sepasang.

Komen